greeting

September 28, 2013

Abah

Assalamualaikum.

Pada 27 Sept , pukul 9 pagi yang lepas aku keluar awal dari rumah untuk menghantar tugasan yang telah diberi oleh Pn.Abidah. Aku pon hidupkan enjin RXZ aku dan biar sehingga panas. Sementara menunggu tiba-tiba sebuah van bercop Sinar Harian meluncur laju dan berhenti betul-betul di hadapan rumah sewa aku. Kelihatan seorang pakcik dan makcik keluar dari van tersebut dan senyum melihat aku sambil bertanya "Din ado d rumoh dok?". Aku pon menjawab, "xdok pokcik, din ado kelah lo nim." sambil mengintai di dalam van yang bermuatan sebuah motosikal wave 100R warna kuning. dalam hati aku berkata " ni mesti yang macam din cerita baru ni bahawa ayah dia akan datang hantar motosikal baru dan bawak balik motosikal lama dia.

Aku pon bersalaman dengan pakcik td dan bertanyakan ," pokcik tolok pukul brapo lagi dari Klate?". "Pukul 3 pagi lagi pokcik tolok nyo.. tok leh nok bawok laju, huje". Pak cik tu menjawab.
Dalam hati aku "Ya ALLAH, besar pengorbanan pakcik ni datang jauh-jauh dari kelantan semata-mata nak hantar motosikal baru untuk anak dia then terus nak balik Kelantan.

"pukul 12 pah ni baru din kelik. Xpo, mari kito tulong pokcik bawok tubik muto tu.". Aku tolong pak cik tu bawak keluar motosikal tu dari van.. "Wahh.. lawa moto ni.. warna kuning lagi tu." aku berkata sambil tersenyum.
"haa.. beli muto baru ko din. muto lamo tu doh buruk sangat." Pakcik tu membalas.
Ehmm dalam hati aku berkata, xdela buruk sangat.. cntik lagi. xpela.. ayah die nak beli.

Lepas selesai semua pakcik tu yang berkain pelekat dan berbaju melayu kuning lusuh meminta diri dulu dan akan datang semula pada pukul 12 setelah din balik dari kelas.

Aku pon terus ke kelas..

 Pukul 12 tepat pak cik tu datang balik. macam tadi jugak aku tolong pakcik tu angkat moto lama din masok dalam van dalam cuaca yang hujan selebat-lebatnye..
"pak cik, mai la masok dulu dalam rumah. hujan ni" jemput housemate aku, Wan.
"Xpelah, pakcik nak kene sampai kelantan sebelum pukul 7 ni. Makcik nak masak."

Dalam hati aku memuji pakcik ni yang sanggup datang dari jauh hanya untuk itu. Tak berhenti-henti aku puji pakcik ni.

Sekali lagi pakcik meminta diri tapi kali ni terus balik ke kelantan. aku pon bersalaman dan mendoakan supaya perjalanan pakcik selamat sehingga sampai ke destinasi.
Aku tahu pakcik tengah kepenatan. jauh perjalanan tanpa rehat tapi masih tersenyum gembira melihat anak dia dapat menunggang motosikal baru.:)



Pengajaran:-

- Dari kisah ni aku dapat lihat pengorbanan besar seorang bapa yang sanggup membeli motosikal baru yang mengikut anggaran aku bernilai RM3k. Sanggup menempuhi perjalanan selama 7jam dari kelantan- Arau hanya untuk hantar motosikal tu dan bawak balik motosikal lama.
Penat lelah pakcik tu hanya dia sahaja yang tahu hanya mahu melihat anaknya gembira.

- Dari sudut seorang anak, jangan la pernah sesekali menderhaka ataupon mengecilkan hati ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita. Balas jasa mereka walaupon jasa mereka kepada kita xkan pernah dapat kita balas sehingga kita mati sekali pun.

Hargai selagi mereka masih ada.

No comments: