greeting

April 28, 2014

Solat?

Assalamualaikum..

sudah terlalu lama meninggalkan blog usang ni. Bukan kerana tiada idea, tetapi kesempitan ruang masa kerana yang tidak dapat ditangguhkan.
haaa... walaupun sesibuk mana pon kita dengan kerja-kerja dunia ni, jangan pernah terdetik sesaat pon untuk lupa tujuan utama ALLAH SWT menghidupkan kita di bumi berkat ini ye.

      Dalam post kali ni sy hanya nak menekankan tentang solat. Apa itu solat? Solat ialah satu ibadah kepada ALLAH yang dilakerjakan oleh umat Islam dengan bersertakan anggota badan, lidah dan hati.
Sebagai seorang Islam yang beriman kita wajib solat kerana itu adalah suruhan ALLAH yang utama dan solat juga adalah perkara pertama yang akan dihitung sewaktu kita di padang Masyar nanti.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 110:

Maksudnya : "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

Perihal solat ini banyak ditekankan oleh ALLAH dalam Al-Quran, kitab agung umat Islam yang menjadi rujukan dalam setiap hal dunia mahupun akhirat.

Hal ini sy percaya semua umat Islam di dunia ni tahu. Persoalannya kenapa masih ada umat Islam yang tidak solat? walaupun mereka tahu azab yang akan menimpa mereka jika meninggalkan satu waktu solat.
Pelik!

Adakah kerana malas? tidak takut dengan azab? tidak takut dengan ALLAH?

ini semua kerana lemahnya Iman di dada sehingga hasutan syaitan mudah menembusi hati dan pemikiran.

" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

sy ada mendengar ceramah2 Ustaz Azhar Idrus, dimana beliau boleh dikatakan salah seorang guru secara tidak terus sy.
 Beliau menegaskan bahawa " orang yang tidak mahu solat, dia lebih teruk dan jahat dari iblis laknatullah"
Kenapa? sebab iblis hanya tidak mahu sujud pada Nabi Adam sahaja tetapi tidak kepada ALLAH.
renungkan lah ye wahai teman..

kadang-kadang sy terpikir juga, golongan orang yang tidak solat ni tiada perasaan malu ke kepada orang yang tengah solat dihadapan mereka? tiada terdetik di hati ke nak solat sekali? tak rasa ke jiwa kosong tak berisi dengan iman?
Pelik!

Tapi bile solat jumaat yang sunat tu mereka ni pergi pulak jemaah kat masjid, yang wajib diabaikan. Macam mana ni??!


"Orang yang tidak solat telah dijanjikan oleh ALLAH neraka Sakr"


cepatlah bertaubat sementara masih ade masa. pintu Taubat tu terbuka seluasnya. Kalau rasa kita manusia ni hebat sangat boleh tahan api neraka yang berpuluh kali ganda tu, silalah teruskan tidak solat.

Sy manusia biase yang rapuh, jadi sama-sama la kite saling memperingati untuk beriman kepada ALLAH.

Di akhiri post kali ini dengan serangkap pantun:

+Makan nasi dengan kentang
+Ditambah pula dengan pengat
+kalau mahu hati yang tenang
+Jangan lupa dirikan solat

Assalamualaikum.



No comments: