greeting

September 16, 2013

PEMBINA

Assalamualaikum.

Hari ini 15 September 2013, pertama kali aku telah click "join group" di 'group page' PEMBINA UiTM Perlis. Aku pun mula menerjah dan 'scroll down' intai-intai aktiviti yang diadakan oleh PEMBINA ni.
Ooops lupa nak bagi tau. PEMBINA ni sebenarnya ialah Persatuan Belia Islam Nasional. Mempunyai banyak cawangan di setiap zon dan boleh dikatakan setiap IPT ade contohnya UPM, UiTM, UMS, KUIM dan banyak lagi.

Aku mula tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEMBINA ni. Banyak yang menarik dan tidak hanya tertumpu dengan ceramah-ceramah dan aktiviti agama sahaja tetapi PEMBINA juga ada menganjurkan kursus kepimpinan, khidmat masyarakat, aktiviti sosial, perbincangan tentang isu semasa dan memberi info2 berguna terhadap yang berlaku disekeliling kita.

Jadi aku rasa amat berbaloi untuk aku join the club. Isi borang then bayar yuran RM5 tuuppp dah jadi ahli PEMBINA dan dapat potongan harga untuk sertai aktiviti2 dan kursus2. Senang kan? jom join.

Untuk info lanjut korang boleh check out kat link ni PEMBINA.

No comments: