greeting

June 21, 2013

Sahabat.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua umat Islam walau di mana sahaja anda berada.

           Sahabat, Teman, Kawan, membawa maksud yang sama. Sahabat yang baik adalah apabila kita memandang wajahnya kita akan teringat pada ALLAH. Apabila mendengar kata-katanya kita mendapat ilmu yang bermanfaat, apabila melihat kelakuannya kita akan mengingati akan mati. 

         

           Rata-rata kita dapat lihat di laman-laman sosial seperti facebook seseorang tu mempunyai "friends" mencecah ribu-ribu. Tapi adakah setiap dari mereka seorang sahabat yang baik? Sahabat yang dapat membimbing kita? Adakah mereka selalu mendoakan kesejahteraan kita? Adakah mereka akan menziarahi kita di saat tubuh kita terbujur kaku di saluti kain putih? Atu mereka hanya "Add" anda kerana anda "hot"? kerana gambar-gambar anda yang seksi? Nafsu semata. 
Sila fikirkan sejenak.
Saya jamin dalam seribu sahabat, mungkin seorang sahaja yang memnuhi criteria itu.


           Dan kadang-kadang saya merasa pelik dengan sikap manusia akhir zaman ni. Sahabat yang bercirikan bergini hanya dicari ketika dalam keadaan susah, dan di pinggir ketika senang. Kenapa jadi bergini? Ini kerana sikap keduniaan dalam diri yang menebal.
          DALAM Islam faktor memilih sahabat amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
         Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
* Untuk mendapat sahabat yang baik, kita terlebih dahulu harus menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain*


Di saat senang mereka mencari sahabat yang dapat bersama-sama melakukan maksiat, melakukan kesalahan, yang dapat "satu kepala dengan mereka", jika dia tidak solat maka sahabatnya juga tidak solat. Memang harus beginikah kita mencari sahabat ketika senang?


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA. 





       

No comments: