greeting

July 22, 2012

First Day Puasa yg Awesome!

Assalamualaikum...
21 Julai 2012.
    Hari pertama umat Islam berpuasa. Aku sangat teruja untuk berpuasa pada kali ini. Tidak tahu kenapa tapi rase seronok yang amat untuk mnyambut bulan suci ini.
     Pukul 4.30 pagi aku dah bangun dengan segarnya untuk mnyediakan juadah bersahur untuk keluarga aku. Aku goreng nasi je. Biase2 je tapi mnyelerakan. hihihi..;) licin pinggan.
     Rutin harian dilakukan seperti biase. Tipulah kalau ckp xlapar. Memang lapar sebab hari pertama kan. Walaubagaimanapun hari diteruskan dan Insyaallah puasa aku berjaya hari ini dan diterima ALLAH.

     Satu peristiwa yang menarik pada hari ini, hari pertama puasa ialah aku dapat 'berjabat tangan' dengan
Ustaz Azhar Idrus (UAI). Kebetulan pada hari ini beliau ade program soal jawab agama di Surau Abu Bakar As Sidiq di Taman Perumahan Lestari Puchong yang berdekatan dengan taman perumahan aku.
     Program bermula selepas Asar pada pukul 5.00 ptg sehingga 6.30 ptg. Terlalu "Excited" nak pergi program tersebut membuatkan aku tiba awal di surau berkenaan dah solat Asar berjemaah di surau.
     MasyaALLAH ramainya orang datang. Berkat hari pertama puasa ni.
Selama 1jam setengah program tidak sedetik pon pandangan dan pendengaran aku teralih ke tempat lain.
Kerana terlalu "excited". Sebelum ni asyik tengok kuliah2 UAI di "YouTube" je, sekarang depan mata, dapat bersalaman pulak tu. Tersenyum dan menitis air mata gembira kerana berkesempatan untuk menghadiri kuliah UAI. Alhamdulillah..
      Terima Kasih Ya ALLAH atas peluang ini dan Insyaallah jika ade lagi kuliah2 UAI yang berdekatan, aku xkan lepaskan peluang untuk menimba ilmu agama bagi seorang jahil seperti aku. 
Rezeki di bulan suci 
Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
TAKBIR!
 ALLAHUAKHBAR!




Surau Abu Bakar As-Sidiq


Ketibaan Ustaz Azhar Idrus
Selepas aku berjabat tangan dengan UAI.
ketika sesi soal jawab.


Semoga puasa kali memberi tarbiah berkesan kepada kita semua dan ganjaran yang berlipat ganda.
Insyaallah.

ASSALAMUALAIKUM.

No comments: