Marah.
Semua orang pernah marah. Btol x?
Marah satu perasaan yang kita xdpt dielakkan.
Marah mnjadi Syaitan apabila kita marah dengan tidak semena-mena
dan marah hanya kerana perselisihan tentang hak diri sendiri.
Marah itu dtgnye dari api..
apabila kita marah, tekanan darah akan melonjak naik dan
jika tidak dapat d kawal, ia blh meletup.
itulah d namakan marah syaitan kerana
syaitan yang menghasut kita utk marah ketika itu.
Tidak di nafikan sy sndiri pon pernah marah.
n for your info, sy seorang yg panas baran jgak...
TETAPI
itu satu ketika dahulu.
Alhamdulillah sy lbih terkawal.
Syukran Ya ALLAH..
Apa yang harus kita lakukan ketikA sedang Marah?
1) DIAM
apabila salah seorang dari kalian marah, maka hendaklah dia diam.
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
seringkali kita marah, sukar utk kita menuturkan kata2 yg molek, yang sedap didengar..
btol x?
mesti ade yang mencarut..
oleh sbb itu, diam adlh alternatif yg baik spy kita tidak
berdosa dgn menuturkan kata2 yg kotor.
2) ISTIA'ZAH
AllAh telah berfirman :
sesunguhnya orang2 yang bertakwa apabila mereka dibayangi
fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat pada ALLAH. maka ketika itu mereka
melihat kesalahan2 mereka.
(Al-A'raaf : 200-201)
jadi dengan ayat ni kite dpt lihat bahawasanye marah itu dtng dari syaitan..
dan utk elakkan kemarahan berterusan, ingtlah ALLAH.
3) DUDUK
Jika kite tgh marah ketika berdiri, maka duduklah..
hal ini telah di kaji oleh ahli sains.
seperti yg tlh sy katakan tadi bhw ketika marah, darah kita laju mngalir..
so bile kite duduk, salur darah akan menyempit dan mmperlahankan
aliran darah.
4) WUDUK
Marah ialah api.. jadi ubat utk Api ialah Air..
jadi berwuduklah jika sedang marah. ;)
Akibat jika tidak dapat mengawal marah :
jika kita x dpt mngawal marah, macam2 blh berlaku..
syaitan telah mnguasai diri kita.
contoh kesannya ialah:
1) memecahbelahkan institusi sesuatu hubungan
contohnya hubungn kawan, kekeluargaan dan masyarakat.
2) boleh membawa kepada pertumpahan darah..
pergaduhan, pukul memukul dan sbagainya..
Ingat satu perkara.
jadikan marah ini seprti pedang. jika kita
tidak perlu mngunakannya, jangan keluarkan pedang tersebut.
tetapi jike orang mempermainkan agama kita, Tuhan kita,
nabi2 kita, kitab2 kita.. Maka hendaklah kamu marah
dan mngeluarkan pedang itu..